Mengenai SMART Taska

LATAR BELAKANG SMART TASKA

TASKA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ditubuhkan sejak tahun 2004 di bawah inisiatif Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) bagi memastikan kebajikan warga kerja Pejabat SUK. Pembiayaan gaji TASKA ini telah dibiaya oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia manakala segala program menggunakan peruntukan Akaun Amanah yang sebelum ini dibiaya oleh Menteri Besar Incorporated (MBI). Sebelum ini, TASKA telah beroperasi di dua (2) buah kuarters Kerajaan di Seksyen 4 Shah Alam sementara menunggu Bangunan TASKA baru yang dijangka siap dalam pembinaan pada April tahun 2011.


TASKA sementara hanya boleh menempatkan sejumlah 86 orang kanak-kanak warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berumur di antara 2 bulan hingga 12 tahun yang mana jumlah kutipan / pendapatan bulanan adalah sebanyak RM 9,060.00 pada tahun 2011. Kos kutipan / pendapatan yang diperoleh akan digunakan untuk membayar kos makan kanak-kanak sebanyak RM 6,000.00 manakala TASKA baru yang telah disiapkan telah menempatkan seramai 110 orang kanak yang berumur antara 3 bulan hingga 6 tahun sahaja. Kos kutipan / pendapatan yang diperoleh juga akan digunakan untuk membayar kos makan kanak-kanak dan juga segala program yang telah dirancang. Kapasiti kanak-kanak di Bangunan baru adalah seramai 150 orang. Peningkatan bilangan kanak-kanak juga memberi kesan kepada peningkatan jumlah pengasuh kepada 25 orang termasuk seorang penyelia selaras dengan spesifikasi Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pembinaan Bangunan TASKA baru ini melibatkan kos sebanyak RM 1.3 juta dan dijangka siap pada pertengahan bulan April 2011. Untuk makluman, TASKA ini diuruskan oleh Jawatankuasa Pemantauan TASKA Pejabat SUK dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2008. Menjadi tanggungjawab Jabatan / Organisasi menjaga kebajikan warga kerja yang mempunyai anak untuk ditempatkan di TASKA Pejabat SUK semasa mereka bekerja yang perlu diberi perhatian bersama oleh semua pihak (Kerajaan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan) selaras dengan pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2008.

TASKA Pejabat SUK beroperasi secara terus oleh BPSM kerana BPSM juga adalah Urus setia Majlis Bersama Jabatan yang menjaga kebajikan seluruh warga kerja di PSUK seperti dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2007 seperti di para (10) dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2008. Sehingga kini pentadbiran TASKA Pejabat SUK diketuai oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, tuan Haji Zamani Ahmad Bin Haji Mansor dan dibantu oleh Penolong Setiausaha Cawangan Prestasi dan Kualiti , Puan Nur Mala Binti Mansur. Seorang penyelia juga ditugaskan sebagai Penolong Pegawai Tadbir iaitu Puan Nur Shuhada Binti Mohd Yusuff dalam memantau aktiviti sepanjang tahun. Turut dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir , Puan Nurliana Binti Rosli. Untuk makluman, bermula pada bulan Mei 2014 semua kakitangan TASKA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah dilantik secara Contract of Service dan Contract for Service mengikut kelayakan akademik yang dimiliki oleh kakitangan.

Kakitangan TASKA sehingga Ogos 2017 di TASKA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah seramai 20 orang. Butiran lanjut seperti jadual di bawah.

KAKITANGANBILANGAN
Penyelia TASKA (N29)1 Orang
Pembantu Tadbir (N19)1 Orang
Pengasuh TASKA (N11)18 Orang
JUMLAH20 Orang


Kajian oleh Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) Mendapati masalah penjagaan anak-anak adalah punca-punca utama wanita dinegara ini menamatkan kerjaya mereka lebih awal. Ini terutamanya berlaku dikalangan wanita berusia lingkungan 35 hingga 39 tahun iaitu sebanyak 71 peratus yang mana peringkat umur sebegini adalah kemuncak kerjaya bagi wanita dan pada masa yang sama anak-anak memerlukan perhatian dan kasih saying daripada ibu.

Kemudahan di TASKA bukan sahaja akan membuka ruang kepada wanita yang berpendidikan tinggi untuk terus bekerjaya, malah wanita yang berpendapatan rendah dan sederhana turut menerima manfaatnya. Antara faedah-faedah yang boleh diperolehi bagi pewujudan taska di tempat kerja ialah dapat mengurangkan kos sara hidup pada masa kini. Hal ini kerana TASKA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor menawarkan perkhidmatan penjagaan awal kanak-kanak dengan harga yang sangat berpatutan dan minimum selaras dengan syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarat. Dalam mengharungi kos sara hidup yang tinggi dibandar-bandar, golongan isteri tidak kira tahap mana pendidikannya turut membantu suami yang berpendapatan rendah atau gaji sekadar cukup makan untuk mencari rezeki dan mebina ekonomi yang lebih kukuh.

Selain daripada itu, antara faedah lain TASKA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor diwujudkan ialah memudahkan ibu bapa menghantar anak mereka dan terus ke pejabat. Hal ini kerana, jarak antara TASKA dengan Pejabat SUK sangat dekat. Ini dapat mengurangkan ibu bapa yang hadir lewat ke pejabat apabila terpaksa menguruskan anak-anak pada waktu pagi. Faktor jarak yang dekat ini sangatlah memudahkan ibu-ibu menghantar susu ibu kepada bayi yang masih memerlukan susu ibu. Kekangan mencari pengsuh yang mempunyai pengetahuan dalam penjagaan awal kanak-kanak juga agak sukar kerana pada masa kini masih lagi kurangnya pengasuh di rumah yang mempunyai sijil dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Kebanyakkan mereka hanya menjaga anak-anak dan melakukan aktiviti rutin sahaja. Tetapi sekiranya dihantar ke TASKA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor melain mendapat penjagaan yang kursus,tempat yang kondusif dan selesa serta mereka juga terdedah dengan pembelajaran selaras dengan Kurikulum Pra Sekolah dan juga Kurikulum Permata. Kanak-kanak yang dihantar di TASKA akan lebih berkeyakinan dan pandai bergaul dengan orang lain berbanding kanak-kanak yang dijaga di rumah. Mereka juga dapat pengalaman baru dengan menyertai lawatan kepelbagai tempat dan melakukan pelbagai aktiviti sepanjang berada di TASKA. Selain itu, antara faedah TASKA diwujudkan di tempat kerja ialah semua ibu bapa akan merasa lebih selamat dan tenang semasa bekerja kerana mengetahui anak mereka berada di dalam tangungjawab pengasuh yang terlatih dan berpengalaman. Kes penderaan, kecederaan dan kematian bayi dan kanak-kanak di pusat penjagaan di rumah amat merisaukan ibu bapa untuk melepaskan anak mereka untuk dijaga. Sehubungan dengan itu, kemudahan TASKA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor banyak membantu masalah ini.

Kementerian dan agensi kerajaan sangat digalakkan untuk menubuhkan taska tempat kerja di bangunan masing-masing dalam usaha membantu ibu bapa menghantar anak mereka ketika waktu bekerja. Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata, berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lebih 400 agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri, namun hanya 90 taska tempat kerja disediakan."Situasi ini amat menyedihkan dan disebabkan kekurangan taska tempat kerja, ibu bapa tidak mempunyai pilihan selain menghantar anak mereka untuk dijaga di rumah pengasuh. "Malah, kebanyakan pengasuh itu tidak mempunyai latihan asas dalam bidang asuhan kanak-kanak," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) ke-32. Dalam pada itu, Rosmah berkata, taska tempat kerja yang berada di kawasan pejabat memberi peluang kepada ibu bapa untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas masing-masing. "Memandangkan taska ini di kawasan pejabat, ia memberi peluang kepada pekerja menghantar anak mereka ke taska berkenaan."Secara tidak langsung, mereka akan memberi tumpuan terbaik sewaktu bekerja tanpa memikirkan penjagaan anak mereka. Saya pasti, kebanyakan pekerja yang mendapat faedah penubuhan taska ini adalah pekerja muda yang produktiviti dan tenaga mereka berada di tahap tinggi," katanya. Rosmah berkata, ketika beliau menjadi Penaung PUSPANITA di Kementerian Pertahanan, PUSPANITA di situ mewujudkan taska di kementerian berkenaan pada awal 1990-an.