Mengenai SMART Taska

VISI & MISI SMART TASKA

500x500

Visi

Visi Taska Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah untuk Menjadi sebuah TASKA contoh sektor awam yang terkemuka di Malaysia.

500x500_1

Misi

  • Melaksanakan pengrusan TASKA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang berkualiti selaras dengan kehendak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Memastikan keperluan pembelajaran kanak-kanak mengikut standard yang telah ditetapkan dalam kurikulum Permata.
  • Memupuk jati diri dan keperibadian yang cemerlang rohani, jasmani dan intelek dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan.
  • Memastikan pendidik yang terlatih dan berilmu yang menerapkan prinsip nilai-nilai murni dan berkasih sayang dalam penjagaan awal kanak-kanak.
  • Memastikan budaya penjagaan dan pengasuhan yang sistematik dan teratur.

FALSAFAH SMART TASKA

Setiap kanak-kanak adalah individu unit dan berbeza, dan potensi mereka perlu diperkembangan secara maksimum. Modal insan hendaklah terdiri daripda individu yang holistik dan seimbang.

Pembentukan akhlak dan sahsiah yang mulia perlu dilakukan pada peringkat bayi lagi. Semua kanak-kanak juga haruslah dididik dengan nilai nilai murni. Selain daripada itu, umur 3 tahun pertama amatlah penting dalam perkembagan personaliti dan minda kanak-kanak, maka pengalaman pembelajaran yang sesuai perlulah disediakan kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak juga belajar melalui kaedah bermain dalam pesekitaran yang kondusif, ceria dan selamat. Pengalaman pembelajaran ini akan merangsang pembinaan hubungan nueron yang banyak untuk melahirkan individu yang cemerlang dewasa kelak.

OBJEKTIF SMART TASKA

  • Antara objektif pembentukkan TASKA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ialah untuk melahirkan kanak-kanak yang mempunyai sosio emosi yang kukuh, self esteem yang tinggi, berkeyakinan tinggi dan mulia budi pekerti.
  • Pihak TASKA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor juga sentiasa bermatlamat untuk melahirkan kanak-kanak yang mahir berkomunikasi, mudah berinteraksi dan menguasi kebolehan berfikir secara logik dan pra matematik. Untuk melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sosial yang tinggi, mampu untuk bergaul dengan masyarat pelbagai budaya.
  • Selain itu, untuk membantu kanak-kanak mengenali potensi diri sendiri. Objektif lain ialah bagi melahirkan kanak-kanak yang sihat , sentiasa mengamalkan kebersihan diri, serta berdisiplin dalam menyusun atur kehidupan mereka sejak kecil lagi.