Mengenai SMART Taska

PEMBAYARAN YURAN TASKA PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR KEPADA UNIT KEWANGAN, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Selaras dengan hasrat pihak pengurusan TASKA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkemaskan pengurusan kewangan sedia ada dengan mengambil kira peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling yang sedang berkuat kuasa, dimaklumkan bahawa urusan pembayaran yuran mulai bulan Oktober 2015 perlu diselesaikan di kaunter Unit Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 17, Bangunan SSAAS, Shah Alam. Bagi tujuan rekod dan bukti urusan pembayaran telah dilaksanakan, tuan / puan dikehendaki mengemukakan resit pembayaran berkenaan kepada pihak pengurusan TASKA setiap bulan. Kadar yuran di TASKA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor butiran lanjut seperti jadual di bawah:

UMUR YURAN TAHUNAN (RM) YURAN BULANAN(RM)

INSURANS (RM)
(Setahun Sekali)

3 Bulan Hingga 12 Bulan 100.00 100.00 20.00
1 Tahun 100.00 150.00 20.00
2 Tahun 100.00 150.00 20.00
3 Tahun 100.00 150.00 20.00
4 Tahun 100.00 150.00 20.00

KADAR BAYARAN PENJAGAAN LEBIH MASA DI TASKA PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

MASAKADAR BAYARAN(RM)
6.00 petang - 6.30 petangRM5.00
6.30 petang - 7.00 petangRM5.00